Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, 10 September 2009

antara bertudung,menutup aurat dan fesyen


Apakah pandangan anda mengenai tudung??? adakah sekadar berfesyen atau sememangnya niat untuk menutup aurat? Rambut wanita adalah aurat yang sememangnya telah termaktud dalam AlQuran dan hadis.seharusnya wanita menutup aurat rambutnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat. Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya. Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan. itulah gambaran segelintir individu mengenai tudung.oleh itu pakai lah tudung dengan niat ihklas untuk menutup aurat bukan untuk berfesyen.

resepi rendang ayam mak mek

Kali ni aku cuba2 lak nak letakkan resepi kat blog aku ni...resepi ni aku amik kat majalah dan aku dah praktik kan sejak dari awal aku jadi anak dar...alhamdulillah menjadi gak..ok sesape nak cuba resepi ni...silakan,memang sedap dan lazat sekali,

BAHAn2NYA:


1 ekor ayam kampung (anggaran 1.5 kg)
1 biji kelapa, diparut
2 helai daun kunyit, dimayang halus
3 ulas bawang merah kecil, dimayang*
2 ulas bawang putih, dimayang*
2 asam keping
1 batang kayu manis (anggaran 3 inci)*
1 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
4 kuntum bunga cengkeh*(*bahan2 tumis)
3 camca besar cili kisar
4 camca besar kerisik
2 camca besar rempah kari daging
1 camca besar gula Melaka
Garam secukup rasa dan 1 cawan minyak utk menumis
BAHAN2 DIKISAR HALUS :-
5 batang serai, dimayang
8 ulas bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
4 biji buah keras

Cara-cara

- ayam dibersihkan dan potong 24 kepingan. Cuci dgn asam dan garam, perap 10 minit. Bilas dan toskan. (Boleh juga gunakan ayam daging)
- masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut dan ramas. Perah santan pekat dalam satu bekas, ketepikan. Kemudian masukkan 2 cawan air lagi, ramas dan perah utk santan kemancar. Ketepikan.
- panaskan minyak dalam kuali, masukkan bhn2 tumis dan kacau hingga wangi. Masukkan cili kisar, bahan2 dikisar halus dan juga rempah kari. Masak hingga harum dan pecah minyak.
- masukkan sedikit garam dan diikuti ayam. Gaul ayam hingga sebati dgn rempah dan masak hingga ayam agak kecut (10 minit). Masukkan santan cair dan biarkan masak atas api perlahan hingga daging ayam 1/2 masak.
- kemudian masukkan santan pekat,kerisik dan asam keping, masak hingga ayam empuk dan kuah pekat. Baru dimasukkan gula melaka dan daun kunyit yg telah dimayang tadi. Gaul rata dan masak hingga rendang agak kering. Rasa garamnya. Angkat dan boleh dihidangkan.boleh di makan dengan nasi putih,nasi lemak,nasi minyak dan lain2 nasi melainkan nasi BASI...hehehe.selamat mencuba.

Rabu, 9 September 2009

cara menguruskan kemarahan

Semua manusia di dunia ini ada rasa marah,kecewa dan sakit hati.
Bagaimanakah perasaan anda hari ini? Adakah anda rasa marah? Gembira? Murung? Kecewa? Takut? Bersalah? Tersinggung? Hormat? Bertanggungjawab? Bolehkah anda mengenalpasti dengan tepat apa yang anda rasa? Bolehkah anda cari perkataan-perkataan lain untuk mencerminkan apa yang anda rasa? Kini manusai telah cipta lebih daripada 2000 perkataan untuk menerangkan jenis-jenis perasaan yang dialaminya. Kefahaman tentang tiap-tiap perkataan mengenai perasaan iaitu emosi manusia penting untuk mengenali perasaan sendiri dan perasaan orang lain.


CARA MENGURUS KEMARAHAN

1. Memahami apa yang mencetusnya serta manfaat jangka pendeknya.

Kita perlu memahami dan mengenalpasti pencetus-pencetus yang boleh jadikan kita hilang akal seperti kata-kata tertentu orang, tabiat orang, tidak bertoleransi dan sebagainya. Manfaat atau kebaikan yang boleh didapati daripada pelepasan kemarahan kita ialah mungkin seperti berikut: a) Saya rasa lega
b) Orang mendengar saya
c) Rasa seperti diri sebenar lepas marah
d) Jika tidak marah saya akan menangis sahaja
e) Melaui kemarahan orang tahu pendirian mereka
f) Kemarahan menghilangkan perasaan takut
g) Jika saya tak marah orang akan fikir saya lemah

Manfaat-manfaat kemarahan ini adalah jangka pendek sahaja. Sebenarnya ia boleh dicapai melalui cara lain yang lebih asertif. Melepaskan kemarahan membawa berkat yang sementara sahaja. Pada jangka panjang ia akan menjejaskan perhubungan kita.




2. Belajar menenangkan diri dalam situasi genting.

Bila perasaan marah timbul kita boleh
a) Gantinya dengan aktiviti lain seperti memandang pada benda dan bukan orang, memikir tentang apa yang kita lakukan pada hari ini atau menerangkan suasana bilik kepada diri sendiri atau membilang sampai 10.
b) Mengelakkan melalui atau meninggalkan tempat itu atau minta diri untuk berfikir
c) Menukarkan ritma otak seperti mendengar muzik atau lakukan senaman
d) Guna teknik relaks seperti menarik dan menahan nafas selama 5 saat
e) Kecut dan regangkan otot selama 5 saat
f) Urut bahagian dada dan perut
g) Ubah cara duduk dan regangkan bahu
h) Berimaginasi tentang pemandangan yang tenang atau yang neutral atau ketawa pada diri sendiri kerana situasi itu

3. Belajar cara atau strategi untuk mengelak kemarahan kelak

a) Mengenalpasti samada kemarahan kita itu sihat atau tak sihat iaitu membina atau destruktif
b) Elak daripada menggunakan dadah atau alcohol untuk melupakan sesuatu
c) Baca dan menambahkan ilmu tentang pengurusan kemarahan
d) Bincang dengan orang lain yang berjaya menguruskan kemarahan mereka
e) Ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat dan kurang stress
f) Sentiasa menahan dan mencabar setiap pemikiran yang membawa kemarahan
g) Sedari tentang kemarahan yang tersembunyi dalam sindiran atau perli
h) Belajar menjadi lebih asertif atau hadiri kursus untuk menambah kemahiran asertif
i) Meneliti segala punca kemarahan dari dahulu
j) Berbincang dengan kaunselor atau pakar psikologi
k) Menghadiri kursus mengurus kemarahan

Mengikut pakar psikologi marah adalah emosi sekunder. Di belakang emosi marah ini terdapat emosi primer seperti keresahan, duka, hampa, kehilangan, takut dan sebagainya yang terbit kerana sesuatu keperluan tidak diselesai atau dicapai. Sebenarnya kemarahan ini menjejaskan peluang kita untuk mencapai sesuatu keperluan itu. Bila kita dapat mengenalpasti keperluan-keperluan ini kita dapat berusaha untuk mencapainya dan dengan itu kemarahan dapat dikawal atau diurus dengan sihat. Emosi marah adalah satu fenomena rasional yang berlaku di otak kiri kita. Untuk mengurusnya kita perlu menggunakan kedua-dua bahagian otak, khasnya otak kanan dan bahagian lain otak berkenaan dengan emosi untuk mengecam dan sedar bila perasaan marah muncul. Dengan demikian kita dapat menangani kemarahan dengan cepat dan mengekalkan ketenangan kita.

hukuman atas dosa meminum arak

Bila aku dapat tau yang kartika di hukum sebat 6x kerana meminum arak aku terharu kerana kartika sanggup mengaku kesalahan dan sedia di hukum sebat di khalayak ramai agar menjadi contoh pada seluruh umat islam bahawasanya arak itu adalah 'ibu segala kejahatan',cuma segelintir individu yang mempertikai hukuman itu di laksanakan
Dalam Islam, arak itu sendiri adalah haram atau dilarang. Sama ada minum sedikit atau banyak adalah sama sahaja larangannya. Demikian juga dadah. Sabda Nabi s.a.w

Ertinya : Apa-apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram ( walaupun belum memabukkan) ( Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud : Ibn HIbban : Sohih )

Ayat al-Quran dan hadis berkenaannya terlalu banyak dan amat biasa kita baca. Islam mengakui wujudnya manfaat kecil dari arak tetapi manfaatnya adalah berdiri di atas kehancuran pihak yang lain. Sama seperti judi, yang menang sememangnya gembira namun ia menang di atas kekalahan pihak yang lain.

Firman Allah swt yang bermaksud:

"Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak dari kebaikan" (Al-Baqarah : 219)

Lagi Allah menegaskan yang ertinya:

'Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah ( DIHARAMKAN) perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan'( Al-Maidah : 90)

Terbukti secara teori dalam ilmu Islam dan realiti dari statistik yang diberikan, arak adalah salah satu punca utama jenayah, selagi ruang dan peluang dibuka seluasnya selagi itulah manusia akan melakukan kesalahan mabuk.

Kerana itu nabi menyebut, ertinya : 'Arak itu adalah ibu kepada kejahatan' ( Hadis Hasan : Albani ; Silsilah Ahadith As-Sohihah, 1854)

Gunakan kuasa dengan tepat dan adil, selaras dengan perjuangan kamu. Adil dalam konteks arak adalah mengharamkannya dalam penjualan bebas.

HUKUMAN SEBAT BAGI PEMINUM ARAK

Bagi sesiapa sahaja yang bertanya dari kitab mana, dan buku mana, sumber mana diambil hukuman sebat bagi peminum arak, jawapannya adalah seperti berikut, tindakan mengenakan sebatan bagi peminum arak adalah diambil dari kumpulan hadis-hadis Nabi yang cukup banyak, antaranya :-

1) Hadis Nabi: 'Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka' ( Riwayat Abu Daud)

2. Hadis Nabi : 'Nabi telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali' (Riwayat Muslim) [1]

3. Hadis Nabi: 'Sesungguhnya dipukul (sebat) bagi arak (peminum) dengan kasut-kasut dan pelapah tamar sebanyak 40 kali '(Riwayat Muslim) [2]

4. Hadis Nabi: 'Sesungguhnya Nabi s.a.w merotan (sebat) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan sepatu, kemudian Abu Bakar ( di zaman pemerintahannya) juga menyebat dengan 40 kali sebatan, di ketika pemerintahan Umar, beliau meminta pandangan orang ramai dari kampong dan desa lalu berkata : Apa pandangan kamu berkenaan sebatan bagi peminum arak?, lalu Abd Rahman Auf berkata : Aku berpandangan kita menjadikannya hudud yang paling ringan (merujuk kepada sebatan qazf) [3], maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan ( Riwayat Muslim dan Abu Daud)[4]

5. Athar sahabat: Berkata Ali r.a : Rasulullah menyebat peminum arak 40 sebatan, Abu Bakar juga 40 sebatan, Umar menyebat 80 sebatan, semuanya adalah sunnah, dan ini ( merujuk kepada 40 sebatan) adalah lebih aku sukai. ( Riwayat Muslim ) [5]

6. Hadis Nabi: 'Seorang lelaki dibawa ke penghakiman Nabi s.a.w kerana telah mabuk (minum arak), lalu Nabi s.a.w mengarahkan sekitar 20 orang lelaki untuk menyebatnya dengan pelepah tamar dan sepatu ( Al-Bayhaqi)[6]

Jika dikatakan, itu semuadari hadis, maka apakah pula dalil al-Quran yang menyuruh? jawabnya adalah

'Kami turunkan kepadamu Al Qur'an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan' ( An-Nahl : 44)

Maka itulah tugas hadis nabi yang bersumber dari kata-kata, perbuatan dan perakuan baginda Nabi s.a.w yang menjadi penjelas kepada alQuran dan hadis.

erti puasa dan terjemahannya

tahukah kita semua ertinya puasa dan terjemahannya?? Bagi memastikan sempurnanya puasa serta mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari Ramadhan, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut perlu dilakukan:-

1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2) Bersahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana).

Nabi SAW bersabda :

"Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur." (Riwayat Muslim)

"Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Baginda SAW juga menyebutkan bahawa malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad)

Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan Solat Sunat Tahajjud, Solat Sunat Witir dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan Solat Subuh berjemaah (bagi lelaki). Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh baginda SAW.

3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca Al-Quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadis dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail a.s. Hal ini disebut di dalam hadis al-Bukhari.

4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.

Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaimana di tegaskan oleh Nabi SAW :-
Ertinya : "Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar)

Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-
Ertinya : “Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" (Riwayat At-Tirmizi)

5) Memperbanyakan doa ketika hampir berbuka.

Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadis Nabi SAW :-
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak." (Riwayat Ibn Majah)

6) Menyegerakan berbuka puasa selepas pasti masuk waktu maghrib.

Berdasarkan hadis Nabi SAW :-
Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepanjang kamu menyegerakan berbuka" (Riwayat Al-Bukhari)

Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan Solat Maghrib, malah jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik kita berbuka dan makan sekadar perlu agar kelaparan tidak mengganggu Solat Magrhib kita. Disebutkan bahawa tidaklah Nabi SAW menunaikan Solat Maghrib kecuali setelah berbuka walaupun hanya dengan segelas air.
(Abu Ya'la dan al-Bazzar)

7) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab (kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air. Ertinya : “Rasulullah SAW berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rutab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air".

8) Amat disunatkan untuk sedekah harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin.

Nabi SAW bersabda :-
Ertinya : “Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" (Riwayat At-Tirmidzi) Disebut dalam sebuah hadis lain, Ertinya : “Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa (berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga" (Riwayat Al-Baihaqi)

9) Menunaikan Solat Sunat Terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian.

Ia berdasarkan hadis riwayat An-Nasaie yang sohih. Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.

10) Memperbanyakkan bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). Ia juga sohih dari Nabi SAW dari Riwayat al-Bukhari.

11) Amaran bagi berbuka di siang Ramadhan tanpa uzur.

Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa : "Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Bulan Ramadhan, maka ia tidak mampu menggantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya" (Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)

ujian dari Allah SWT

Ujian Itu Rahsia Allah S.W.T


Bismillahirahmaniraheem..

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.



Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!....semoga kita tidak menjadi hilang arah dan punca apabila datangnya ujian dan dugaan.Allahualam.

ibu mithali isteri sejati...wanita penghuni syurga

Ibu Mithali Isteri Sejati

Siapakah wanita yang layak dipanggil ibu mithali, isteri sejati?Adakah anda, saya ataupun wanita-wanita lain di dunia ini. Marilah kita analisa diri kita sejauh mana kita mencapai ke peringkat tersebut dengan berpandukan analisis yang diberikan oleh Dr. Fadzilah Kamsah. Beliau menjelaskan penganalisisan diri perlu bagi ibu mithali dan isteri sejati dalam membentuk sebuah rumahtangga harmoni.


Seseorang pendidik keluarga seharusnya memfokuskan diri pada aspek-aspek tertentu seperti:-
* Berdoa memohon keredhaan Allah.
* Mengistiqamahkan sunnah dan penghayatan Islam dalam rumah tangga.
* Membersihkan hati dan pemikiran.
* Membina kebahagiaan secara proaktif.
* Mendidik diri sendiri.
* Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusiaan berkesan berdasarkan
al-mawaddah(kasih sayang) dan ar-rahmah (kasih-mengasihani).
* Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul.
* Mengamalkan suasana persekitaran yang kondusif dan merangsang dalam rumahtangga.
* Membina rumah tangga berasaskan al-Mu’asyarah bil makruf
(pergaulan dan hidup bersama secara baik dan diredhai Allah).
* Pembangunan fizikal dan kesihatan.
* Muhasabah diri.

Oleh itu, di manakah diri kita. Adakah kita telah berjaya melaksanakan kesemua 11 aspek ini atau hanya separuh daripadanya sahaja. Jika anda telah berjaya, saya ucapkan SYABAS! Namun begitu, ia masih tidak mencukupi lagi. Ada beberapa perkara lagi yang perlu dititik beratkan lagi untuk mencapai tahap IBU MITHALI ISTERI SEJATI!!!

Menurut beliau lagi, seseorang ibu dan isteri positif mesti mempunyai 9 sikap mental iaitu:-
1) Positif terhadap perubahan.
2) Positif terhadap diri sendiri.
3) Positif terhadap kepimpinan.
4) Positif terhadap masalah.
5) Positif terhadap orang lain.
6) Positif terhadap keadaan emosi.
7) Positif terhadap idea kreatif.
8) Positif terhadap membuat keputusan.
9) Positif terhadap qada’ dan qadar.

Selain daripada itu beliau juga turut menggariskan beberapa petua untuk menjadi ibu mithali. Antaranya ialah :-
- Analisis diri daripada pandangan anak.
- Sedari dan fahami perbezaan anak daripada segi fizikal dan emosi.
- Bercakap benar.
- Kotakan kata-kata.
- Didik anak mengenai kemahiran sosial.
- Gunakan masa jitu untuk mengajar.
- Wujudkan suasana positif dalam rumah tangga.
- Gunakan belaian positif lebih daripada negatif.
- Padam rekod negatif dalam pemikiran anak.
- Melatih anak berfikir.
- Dedahkan anak kepada pelbagai pengalaman.
- Tunjukkan contoh sihat dalam rumah tangga.
- Memimpin anak menyempurnakan ibadah umum dan khusus.
- Hidupkan sunnah dalam rumah tangga.
- Sentiasa berdoa mendapatkan bantuan dan rahmat Allah.
- Mengenal pasti potensi anak dan menyerlahkannya.

Menjadi seorang ibu mithali bukanlah mudah. Mereka mempunyai berbagai peranan dalam rumah tangga. Paling penting adalah sebagai :-
*Pendidik keluarga.
*Pemimpin kedua dalam segala hal berkaitan rumah tangga.
*Penasihat.
*Doktor dan jururawat.
*Mendisiplinkan anak-anak.
*Kawan atau sahabat.
*Penyelesai masalah.
*Merangsang perkembangan mental anak-anak.
*Mengawasi perkembangan dan tingkah laku anak.
*Model pada anak-anak.
*Mendoakan kejayaan anak di dunia dan akhirat.
*Mengawal ekonomi rumah tangga.
*Menjaga harta suami dan keluarga.

rapa yang boleh untuk menjadi Ibu Mithali Isteri Sejati.Selain daripada itu terdapat 13 prinsip ibu mithali yang boleh dicontohi iaitu :-
1) Ibu menyerlahkan keunikan tersendiri.
2) Tidak ‘berebut kuasa’ dengan anak-anak.
3) Memahami teknik memuji dan mengkritik anak.
4) Bersangka positif terhadap kebolehan dan kecemerlangan setiap anak.
5) Mendidik anak berdikari.
6) Mempunyai nilai diri tinggi.
7) Bersedia meminta maaf daripada anak-anak.
8) Bertindak secara jamaah.
9) Mengorbankan kepentingan peribadi.
10) Memberi perhatian rapi terhadap setiap kegiatan yang dijalankan.
11) Meneroka dan merangsang potensi anak.
12) Sentiasa meningkatkan diri daripada segi keterampilan keibubapaan.
13) Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga.


Kesimpulannya, untuk menjadi seorang ibu yang baik, mungkin kita boleh mencapainya tetapi untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang cemerlang, kita perlulah mendalami ilmu keisterian. Oleh itu, berusahalah kita sebe

Selasa, 8 September 2009

terima kasih ibu kerana melahirkan aku di dunia ini

bukan sikit perngorbanan ibu ni yang melahirkan kita,membesar,melayan kerenah kita dari kecil sampai la sekarang memang takkan mampu kita nak membayar jasa2 ibu ni walau dengan intan permata,terima kasih mak kerana melahirkan aku ke dunia ni .


Bersama Sang Ibu

Ibu pertama, telah discan pada minggu lepas dan kedudukan bayi masih lagi Breech (songsang). Kalau songsang, lebih sukar untuk bayi ini dilahirkan secara normal.

Mengapa?

Kelahiran mudah apabila punggung bayi (bumps) berada di atas dan kepalanya di bawah. Apabila bidan mengeluarkan kepala dahulu, badan dan punggung lebih mudah untuk keluar

Bayi memang unik kerana kepalanya besar dan punggungnya kecil dan lembut. Manusia dewasa seperti anda yang sedang membaca kepala kecil daripada punggung anda.

Namun apabila kepala berada di atas, bayi berada dalam keadaan songsang. 3% kandungan ibu-ibu akan jadi macam ini ketika menghampiran 39 dan 40 minggu tempoh kandungan.

Saya memeriksa perut sang ibu untuk memastikan kandungan yang sudah mencecah 37 minggu ini masih lagi songsang atau tidak. Kalau masih songsang, kita akan pusingkan dia! Macam buat summersault di dalam uterus.

Ternyata masing songsang kedudukan bayi. Lalu sessi ECV pun dimulakan oleh consultant dan seorang senior registrar. Perut sang ibu ditekan, ditekan dan ditekan manakal imbasan ultra sound digunakan untuk memeriksa kedudukan terkini sang bayi.

Tekan, tekan dan tekan......

Sehinggalah ke satu tahap, si ibu memang meraung, menangis. Allah...memang saya pun nak tumpang nangis sama...sehinggalah.....

''STOP HURTING HIM!!"

''We are not hurting him, he is fine, you can still the heart beating clearly,'' si doktor menenangkan si ibu sambil menunjukan skrin ultra sound di hadapannya.

Subhanallah, sehingga ke tahap ini, perasaan syahdu saya bertambah-tambah.

Rupanya raungan dan tangisan si ibu tadi itu bukanlah kerana kesakitan, tetapi semata-mata kerana risaukan anaknya. Sebenarnya dia masih tidak mengetahui jantina anaknya, nak surprise katanya.

Tapi cara dia nangis tu ibaratnya seperti seorang perempuan yang memang sakit sangat tapi tak tahu nak atasi kesakitan macam mana. Saya yang berada di sebelahnya pun tak tahu nak tolong macam mana. Namun rupanya raungan itu khas demi keselamatan anaknya. Subhanallah, besar sungguh kasih sayang ibu kepada anaknya, yang belum lahir lagi pun!

Bagaimana pula kasih sayang Allah kepada hamba-Nya? Maha suci Allah, mari kita sama-sama renungkan....

Kepada emak .... di bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang ni aku nak minta ampon dn maaf sbb slama ni aku bnyak berdosa pda mak dn abah...ketauihi laa..bertapa aku sngat sayang pada kalian berdua...melebihi nyawaku sndiri.cuma kekadang kenakalan aku ni tidak bermaksud aku jahat cuma aku perlukan belaian mesra dn kasih syang dri kalian berdua.AMPPON KN DOSA2 AKU YE MAK! HUHUHUHUX
selamat hari raya aidilfitri...maaf zahir dn batin!!

Isnin, 7 September 2009

rozita pergi tunai umrah

ozita Che Wan Pergi Mekah

Rozita Che Wan kini sedang berada di Mekah kerana mengerjakan umrah. Dia berangkat pada 29 Ogos lalu dan dijangka pulang pada 15 September ini. Pemergiannya ke Tanah Suci merupakan kali kedua. Kali pertajakkan kaki ke bumi para ambia itu enam tahun yang lalu.

pengodam laman sesawang

Pengganas' laman sesawang

Terdapat antara 5,500 hingga 6,000 laman sesawang di seluruh dunia yang menyebarkan idea-idea ekstremis.

DUA gadis ini sentiasa melayari Internet untuk memantau panduan menghasilkan bom dan klip-klip video militan Islam yang sedang berlatih.

Nur Azlin Mohamed Yasin meluangkan masa beberapa jam sehari untuk melayari Internet. Namun, dia bukan tipikal anak muda yang ingin mencari maklumat di dunia maya tersebut.

Penganalisis penyelidikan berusia 24 tahun itu sentiasa melayari Internet untuk membaca panduan menghasilkan bom dan klip-klip video militan Islam yang sedang berlatih. Selain itu, dia menonton perbualan para pejuang ekstremis yang mungkin menjadi isyarat untuk melakukan serangan di sesuatu lokasi.

Daripada komputernya, dia memasuki satu dunia di mana golongan muda beragama Islam secara terbuka dan sukarela menawarkan diri untuk memerangi askar-askar gabungan yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan. Mungkin juga, dia mempelajari cara-cara membuat bahan letupan daripada barang-barang harian.

Di sinilah ketua rangkaian pengganas al-Qaeda, Osama bin Laden mendapat penghormatan. Poster-poster tiga pengebom berani mati yang terlibat dalam tragedi pengeboman Bali pada tahun 2002 turut dipaparkan. Paparan wajah pengebom yang telah dikenakan hukuman mati itu merupakan elemen tarikan kepada 'ahli-ahli' baru al-Qaeda.

"Semua perkara ini membimbangkan," kata gadis tersebut dalam satu temu bual AFP. Dia merujuk kepada trend penyebaran idea-idea radikal dalam talian oleh segelintir individu.

Nur Azlin merupakan salah seorang daripada lima penganalisis penyelidikan di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam, Singapura. Tugasnya adalah memantau laman sesawang pengganas setiap hari untuk memahami sentimen kebencian yang kian meningkat, demi usaha menentang keganasan.

Radikalisasi

Tanpa disedari, kesemua penganalisis itu adalah wanita. Kemahiran kolektif mereka termasuklah pengetahuan dalam bahasa Arab, bahasa Malaysia, bahasa Indonesia dan isu-isu berkaitan geopolitik.

"Setelah duduk seketika di hadapan komputer, berfikir mengenainya dan membuat analisis trend tersebut, tentu sekali anda akan berkata: Oh Tuhanku, perkara ini benar-benar berlaku," kata Nur Azlin yang berkhidmat di Pusat Antarabangsa bagi Keganasan Politik dan Penyelidikan Keganasan di sekolah tersebut.

"Anda boleh melihat sendiri proses penyebaran radikalisasi secara terbuka dalam talian," ujarnya.

Menurut para penyelidik yang bertugas di sebuah pejabat kecil di kampus universiti pinggir bandar itu, dianggarkan terdapat 5,500 hingga 6,000 laman sesawang di seluruh dunia yang menyebarkan idea-idea ekstremis.

Nur Azlin pula dipertanggungjawabkan untuk memantau dan menganalisis laman sesawang di Asia Tenggara, rantau yang menjadi hos kepada organisasi-organisasi terkenal seperti pergerakan Jemaah Islamiyah dan kumpulan Abu Sayyaf yang beroperasi di selatan Filipina.

Dia menganggarkan terdapat sekitar 192 laman sesawang pengganas di rantau itu. Kebanyakannya adalah blog-blog peribadi yang tumbuh bagaikan cendawan sejak awal tahun 2008 apabila aktiviti menulis blog semakin popular.

Singapura yang merupakan sekutu kuat Amerika Syarikat (AS) dan pusat kewangan antarabangsa menyifatkan dirinya sebagai sasaran utama serangan pengganas. Misalnya, insiden serangan bom di hotel di Jakarta yang menyasarkan kepada simbol pengaruh barat.

NUR AZLIN bimbang memikirkan reaksi peserta forum yang semakin ganas.

Menteri Dalam Negeri, Wong Kan Seng, memberi amaran bahawa individu-individu yang bersifat radikal telah muncul sebagai satu ancaman baru terhadap keselamatan. Pada tahun 2007, republik itu telah mengumumkan penangkapan lima orang yang disyaki sebagai militan Islam.

Antaranya, pensyarah undang-undang tempatan, Abdul Basheer Abdul Kader. Basheer dituduh merancang melancarkan jihad di Afghanistan selepas mendapat idea-idea radikal daripada Internet.

Apabila Nur Azlin memulakan pemantauan ke atas laman sesawang sebegitu pada awal tahun 2007, kebanyakan kandungannya terdiri daripada artikel-artikel yang mendesak orang Islam supaya menentang penindasan.

Ahad, 6 September 2009

alahai kaum adam...ngapa tak puasa??

hari ni kita dah pun puasa m asuk hari ke 17,dalam 2 minggu lagi kita akan menyambut 1 syawal.ni nak story sikit pasal mamat2 yg di tangkap kerana makan di khalayak pada siang hari, saban tahun setiap ramadan mesti ada aku baca berita ke,tngok tv ke ada je orang yg kena tangkap sbb tak puasa dan makan suka2 hati je ada makan kat kedai atau nyorak2 makan kat pejabat.paling mengejutkan ada yang tergamak makan kat kedai cina....apa punya manusia lah,dah lah tak nak pose pastu makan lak kat kedai cina yang semua dah tau ada makanan tak halal kat situ.walau pun tak makan daging babai tu tapi kan ke guna pinggan magkuk,sudu garfu yang memang sah2 tak penah di samak.apakah diaorang ni tak tau hukum agam,halal haram atau memang tak di berikan didikan agama dari kecik??ingat puasa ni boleh di main2 ke?? puasa tu adalah wajib ke atas umat islam walaupun orang tu sakit ke tapi d haruskan menganti puasa dan membayar fidyah.haa...bagi orang lelaki yang telah melakukan persetubuhan di bulan ramadan di haruskan membayar kifarah iaitu berpuasa selama 60 hari berturut2 tanpa gagal.haa...sape suruh gatal2 nak '...'??? tak bolah ke tahan sikit nafsu tu tunggu2 lah malam,nampak sangat nafsu masih di tempat teratas walaupun dalam bulan ramadan ni segala syaitan iblis dan hantu telah di rantai.kebanyakan yang tak puasa ni orang muda,remaja dan sihat tubuh badan...heran pulak pakcik makcik yang tua dan uzur ni pun masih mampu nak berpuasa kerana diaorang tahu puasa itu adalah wajib.dan boleh pulak warga2 emas ni gi terawih walau ada yang hanya bekerusi roda je. jangan nak tunggu bila usia dah senja baru lah nak bertaubat,mula nak kenal puasa dan tikar sembahyang.patotnya masa muda ni lah kena buat semua tu kerana MATI tak kira USIA.ni golongan muda bukan nak gi terawih tapi gi melepak kat kedai mamak ramai2 tengok bola,beborak2 kosong dan main gitar. betapa ruginya usia remaja ni di habiskan macam tu je tanpa buat apa2 yang bermanfaat dan mendapatkan pahala.aku ni bukan lah alim sangat tapi sekadar mengingatkan kan kita ni sesama islam harus saling ingat mengingatkan dan menegur antara satu sama lain..

Selasa, 1 September 2009

bazar ramadan

dah lama btul akuntak kemaskini blog aku ni...sibuk memanjang bila bulan ramadan ni.hari ni dah genap 12 hari umat islam bpose...lagi 2 minggu lbih dah nak raya,aku tak prepare ape2 lagi nak menyambut raya ni...tnggu lah smingu nak raya baru lah aku sibuk menyelit kat pasaraya dan kdai2 baju...main beli siap j.aku nak story skit lah pasal bazar rmadan ni...memang jarang benar aku nak beli makan kat luar ni,pertma nak jimat..ke 2 was2 tahap kebesihan dan ke 3 lak takut rambang mata lah..maklum lah tngok makanan sdap2 seme nak d beli walau hakikatnya aku bkn nya makan sangat.masa awal pose tu aku sibuk sangat so tak le sempat nak masak coz tpaksa gi kt bazar ramadan...tengah2 aku meraund maka aku tenampak la satu mamat ni tengah leka dan khusyuk memesin tebu...aku bukan nak beli air tebu..aku tngah tunggu hubby aku beli nasi kerabu so aku tnampak sebatang tebu mamat ni jatuh kat rumput,mamat ni dgn selamba ambik tebu yg jatuh tu terus masuk ke mesin...kok ye pun cucu lah dulu tebu tu kan terjtuh kat rumput yg bepasir pulak tu rumput tu basah dn d pijak2 org...pngotor btul mamat tu,dah le kulit tebu tu tak d kikis,bila jatuh tak lak d cuci..memang pngotor..nmpak sangat mamat ni pngotor dn tak jujur dlm meniaga.kan nak bagi orang mkn minum msti lah kita kena bersih lain lah nak bagi makan minim kat binatang ke..tak perlu di cuci.tu la yg wat aku tak suka sangat makan kat luar tu pun kalau terpaksa.satu lagi orang tak jujur ni kalau kuih @ lauk yang tak habis ni diaorang boleh jual smula ni kenyataan tau aku sendiri tngok makcik aku wat bisnes tak jujur mcm ni..bkan aku nak mengumpat dan burukkan makcik aku ni tapi nak pembaca tau ada segelintir peniaga tak jujur dan nak untung je kejenya.satu lagi aku paling tak suka beli kuih muih berintikan kelapa ni sebabnya penah bnyak kali aku makan kuih mcm kuih ketayap,koci,pulut kelapa dan lain2 laa...bila je makan lngsung tak rasa lemaknya kelapa...rasa hampas kelapa adalah...dah peniaga ni gunakan hampas untuk wat inti kelapa...langsung tak jujur peniaga ni meniaga.haa...satu lagi aku nak cite aku penah beli kuih kasui, tengok memang cntik dan menyelerakan tapi bila makan langsung tak rasa apa2..rupanya peniaga tu bkn guna gula merah tapi di buhnya pewarna coklat untuk menampakkan warna nak tiru warna gula merah,ketara peniga ni menipu.apa ke benda kuih kasui ni rasa mcm hampehh.bebakul2 aku maki peniaga tu (dlm hati je) ok lah klu nak cite kan tentang gelagat peniaga d bazar ramadan ni banyak sangat2 tapi tak le semua yg tak jujur mcm aku citekan tadi ada gak meniaga ikhlas tak menipu pembeli.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...