Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 20 Oktober 2009

PUNCA WANITA GEMUK KERANA ABAIKN PERMAKANAN

Abai pemakanan sihat punca ramai wanita gemuk

Ntah ape aku nk citer hri ni...ok aku mulakn cter tntang kegemukan dn obesiti ok..jngn ade yg boring lak....nasib baik laa aku i kurus keremping x kuat makan..klu x dh jdi danesaur lak..hihihihix...ni artikel aku copy tau...mlas nk taip..hehehehe...dh minte izin copy tdi..hehehehex

KEGEMUKAN khususnya di kalangan wanita amat membimbangkan. Jika dulu kegemukan berlaku kepada wanita selepas bersalin, namun kini ia mula menular kepada remaja.

Tidak keterlaluan jika dikatakan kanak-kanak perempuan seawal enam tahun menghidap obesiti.

Cara pemakanan dipandang remeh ibu bapa yang lebih sibuk mencari kekayaan adalah punca utama anak mengalami kegemukan. Anak kini lebih gemar makanan segera.

Jika dilihat kepada masalah yang membelenggu wanita lewat berkahwin, secara amnya mereka yang berada dalam lingkungan ini memiliki badan berisi.

Jadi wanita harus berwaspada dengan memperbanyakkan pembacaan mengenai kesihatan diri.

Diet memang berkesan, tetapi perlu melalui prosedur betul dan teratur. Pengamalan diet yang sihat dan pemakanan seimbang perlu diamalkan serta harus diingat semua ini berpandukan nasihat pakar pemakanan.

Pakar kecantikan juga berlumba-lumba mencari pelanggan yang ingin mendapatkan tubuh sempurna tanpa mengkaji kandungan ubat yang dijual di pasaran.

Kita perlu muhasabah dengan melakukan terapi yang betul tanpa mencederakan diri. Bermulalah dengan inisiatif, kesabaran menebal dan azam kuat untuk memastikan berat badan dikurangkan mengikut kesesuaian diri.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...