Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, 14 November 2009

GERAM ngan CELCOM....

Adehsss!!!..memang aku bengang gler ngan atok celcom ni...
x bagi can lnsung aku nk gune die...kuat tul jeles cm la aku ni milik dier je...hihihihix
nk on9 siang x dpt...mlm lak pon die nk kontrol aku..sowryy arr
dh dkt 24 kali aku disconect ...smpikn aku naik segan ngan member2 YM..dowang ckap aku ni mcm biskot ..jap ader jap x dew..dn pling aku bengang ade member biul aku ni
suh aku blah je dri YM..gerammnyer aku..ape aku kesahhh!!!..ni kn YM dn tenet aku,ikot suker ati aku la nk blah or stil l kt YM,sebokk tol..
lain la aku pinjam PC die...bangang..sewell
nasib laa aku ni pemaaf..so aku dh maafkn dier sesudah dier merayu2 smpai terguling2 nk minta maaf kt aku...
hihihihixx....aku x kaco owang,jngn sesuker jer owang nk kacoo aku arr..
klu aku dh mule kaco owang...memang dasyat beb!!..sah owang 2 masuk TANJUNG RAMBUTAN untuk tempoh 10 thn.
ok laa..mallass lg aku nk ngrot,nanti kowang yg bacer ni pon jdi biul cm aku ngh!ngeh!ngeh!
ala..hnyer kt blog aku yg sepi ni untuk aku meluahkn ape yg terbuku d ati ni..huhuhuhu

Isnin, 26 Oktober 2009

Nak jadi berjaya atau tidak..terpulang pada anda....

NAK JADI ORANG BERJAYA ATAU JADI ORANG GAGAL ?????
SETIAP KEJAYAAN BERMULA DARI KEGAGALAN¿.TAPI CUBA KITA LIHAT KENAPA ORANG KAYA BERTAMBAH KAYA,SEBALIKNYA ORANG MISKIN BERTAMBAH MISKIN ???


ORANG BERJAYA.
1. Hari ini kita lihat orang kaya hidup senang tapi kita tidak tahu kesusahan orang kaya untuk mencipta kejayaan.
2.Belajar dari kegagalan untuk berjaya.
3.Berani ambik risiko untuk berjaya.
4.Tidak kenal erti berputus asa.
5.Merebut peluang yang ada.


ORANG GAGAL.
1.Takut pada risiko.
2.Suka berserah pada takdir.
3.Cepat berputus asa..
4.Tidak bersyukur.
5.Suka buat alasan..
6.Mahu jalan mudah,tak suka berusaha

7.Tak mahu berubah.. sentiasa cari alasan agar tidak perlu berubah!

Sabtu, 24 Oktober 2009

CiNtA iTu ButA...TApi CelLik SebEnArNyA~~!!!

kecantikan kata bukanlah suatu kelebihan,hanya lidah boleh bermain di bibir,keindahan rupa paras bukanlah suatu kebanggaan,malahan persinggahan utk perjalanan yang jauh,tetapi.....tahu kah CINTA itu BUTA ...Memang cinta itu tidak bermata, tapi tidak pula buta sebenarnya... .... hakikatnya untuk mengetauhi~~~~~~~~~~~~~~~

Kerana kitalah mata itu,
Mata yang letaknya di hati,
Hati yang seharusnya berjalankan petunjukNya

bukannya...
yang disuluh dari cahaya duniawi.
Seharusnya janganlah biar ia dikaburi nafsu ,
Kelak ketajaman mata itu kian hilang bisanya lalu terus tumpul.
Asahlah ia dengan zikrullah,
Siramilah ia dengan basah lidah suarakan selawat buat Rasullullah,
Suburilah ia dengan muhasabah...

**************************
Kenapa dikatakan cinta itu buta??
Kerana bila tidurnya tidak lena ,
Mandinya tidak basah,
Makannya tidak kenyang,
Hilang tumpuan sibuk & asyik terkenangkan orang tersayang,
Ingatan persis layang-layang terbang di awan terapung bersama angan-angan,

Bila nasihat orang tua dikatakan penghalang,
Bila yang haram menjadi halal,
..berjalan beriringan sambil berpegang tangan,
.. naik motor berpelukan takut tercicir dijalanan,
.. lama -kelamaan kesucian menjadi korban,
Kononnya sebagai tanda cinta sejati tidak berbelah bahagi.
Yang paling diendahkan..:
Bilamana tanggungjawab sebagai hambaNya mula diabaikan,
Bilamana kitabNya sudah tidak betah ditangan,
..dek kerana mata hati yang mula kabur terjerumus dalam cinta dunia..

*****************************************************
Ya Allah, jangan kiranya hati itu milikku,
Ya Allah, jangan juga kiranya anak itu adalah aku,
Ya Allah, ku tak sanggup memiliki tangan itu,
Ya Allah, jauhkanlah dari 'dimiliki' mahupun memiliki cinta seperti itu.
Ya Allah , ku takut kiranya akulah hambaMu yang tidak bertanggungjawab itu…

Ku pohon padaMu , payungilah aku dari panahan nafsu syaitan,
Ku harapkan teduhan di bawah lembayung rahmatMu,
Ku tagih redup dari rimbunan pohon kasih sayangMu,
Ku tahu ya Allah, ku tak layak menghuni syurgaMu,
tapi tidak pula ku ingin ke NerakaMu..Amin.
Namun begitu ya Allah, layakkah aku untuk CINTA AGUNGMU??

Erhmmm...aku mengharapkn ada cinta sejati yang akan menjengah d hati ini...Amin~~~!!!

..........

Jumaat, 23 Oktober 2009

JoM lAyAn TEKa-tEkI~~!!!

bORING TAK??...AKU LAGI LAA Boring ni...aku copy ckit teka -teki ni...saje2 nk relase tension...ari ni lak cuti..ntah pe aku nk wat kt umah ni..nk jln2 memang aku tak minat.Kat luar ni x de tempat yg slamat,aku rase kt rmah laa tmpat yg slamat bg aku..skarang ni bnyak sngt dgar cter gejala culik,rogol dn bunuh yg ckup sadis.aduhai..naper laa zmn makin maju ni manusia ni makin hilang kewarasan,hilang sifat2 kemanusian,dn hidup atas nafsu rupe je manusia tpi berhati syaitan,maksud aku bkn semua laa..dlm 100 tu ade lah 60 kot. ishhh!!..malas aku nk teke.wat sakit kepale je mikir ade lgi manusia d zaman jahiliah ni.okey la...jom layan teka -teki ni..sambil ketawe bedekah2....jngn smpai terkencing lak yea..HIHIHIHEHEHEEEEE....
okey..ready!!.
Kalau anda ni semuanya pandaiiii cuba teka, banyak-banyak sungai,
sungai apa yang paling berat?
Jawapannya ialah Sungai Besi...Ha...ha...ha...

Kereta dengan motor, mana lebih tua?
jawapannya adalah motor,sebab motor pakai tongkat...

Dlm banyak- banyak pokok,pokok apa yg baik hati?
jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.

Ni dia satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada angin...
huruf TA dan YA laa... kan jadi TAYAR tu

kasut apa yang paling keras?
Kasut batu..salah maa.. kasut BATA laaaa...muhahaha..lawak ka?

Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar
seekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu behenti?
jawapannya ialah meter bas tulah

Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mane huruf yang boleh kahwin ...ahhh sape dapat jawab????
jawapannya ialah...huruf i ngan u lerrr..hehehehehe.nih antara
pasangan bercinta lerrr ..hehehehe

Khamis, 22 Oktober 2009

SaHabAT..~~~!!!!!

BERTEMU BERPISAH KERANA ALLAH

Pertemuan antara kita,

Tidak pernah dirancang,
Tetapi telah diatur kemas oleh Rabbul Jalil,
Yang mengetahui suara hati antara kita,
Yang mengimpikan kehadiran seorang insan,
Bergelar teman...

Walaupun bukan aku yang diharapkan,
Tetapi akulah yang hadir dalam hidupmu,
Mungkin kehadiranku tidak pernah dinanti,
Namun, Tiada walau secalit kekecewaan,
Apatah lagi kekesalan di hati ini,
Malah, Aku amat menghargai pertemuan ini,
Kerana dengannya,
Terjalinlah sebuah persahabatan...

Perpisahan...
ternyata amat menyakitkan,
Sering kali mengundang air mata,
Keindahan dan kebahagiaan yang kita nikmati bersama,
Bagaikan disentap pergi serta-merta,

Walaupun begitu, Ingatlah, sahabatku........,
Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah,
Oleh itu, Terimalah dengan penuh keredhaan...

Sekiranya ingatanmu singgah padaku,
Kirimlah sepotong doa tika itu,
Moga masih ada lagi pertemuan selepas ini,
Jika tidak di dunia fana ini,
Di Jannatul Firdaus yang kekal abadi...
Insya-Allah!!!

Selasa, 20 Oktober 2009

WANITA KENA BERANI !!!!

LANGKAH2 KESELAMATAN UNTUK WANITA..

Wanita sering terdedah kepada pelbagai risiko serangan apatah lagi jika berjalan seorang diri. Serangan berkenaan bukan saja membabitkan kes ragut, samun malah cabul dan rogol. Lebih malang lagi jika serangan terbabit mengakibatkan kematian.
Bagi wanita yang sering berjalan berseorangan, langkah keselamatan diri sememangnya penting. Malang tidak berbau, malah kejadian tidak diingini boleh berlaku di depan rumah sendiri. Peragut bermotosikal biasanya mudah menarik beg tangan yang disangkut pada bahu kanan (Jika anda berjalan di kiri jalan. Justeru itu, ubah kedudukan beg misalnya anda boleh menyangkut beg pada kedudukan bahu yang bertentangan dengan jalanraya.

Menyelimpangkan beg pada bahu juga boleh menyukarkan peragut berbanding beg yang disangkut secara biasa. Berjalan dilorong gelap atau sunyi juga berbahaya. Sebaiknya elakkan diri anda daripada berjalan di kawasan sedemikian kerana jika anda diserang, mungkin sukar untuk mendapatkan bantuan disebabkan tidak ramai orang lalu-lalang di kawasan itU..
Sesetengah orang gemar menggunakan jalan pintas untuk menunggu bas, kekedai dan sebagainya. Tetapi jika anda berasa jalan pintas itu sendiri tidak selamat dilalui, lebih baik menggunakan jalan lain yang agak jauh asalkan ianya selamat.

Sekiranya terserempak dengan sesiapa yang mahu menyerang, anda tidak perlu panik. Orang yang menyerang itu lazimnya juga berasa takut dan panik untuk melakukan serangan.Tunjukkan anda tidak bimbang dengannya malah ada kalanya, jika anda langsung tidak menunjukkan rasa gentar atau takut padanya, penyerang mungkin berfikir dua kali untuk menyerang.
Dalam pada itu, anda juga boleh menggunakan apa saja yang anda miliki pada masa diserang misalnya beg tangan, payung, sikat, pen dan sebagainya sebagai alat untuk mempertahankan diri.

Dipasaran kini, ada juga sejenis penyembur mirip botol minyak wangi yang direka khas untuk tujuan keselamatan. Simpanlah sebotol penyembur keselamatan di dalam beg anda sepanjang masa kerana ia mungkin dapat membantu anda jika terpaksa berdepan dengan situasi yang tidak diingini.

Mutiara Kata: "Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain"

Jom layan aku ngarot!!!

HYeeee...ntah pe laa aku nk wat..time boring gler cmni bgus gak aku bgi tips dn petua wat pelawat aku...klu nk rase lg biul..hihihihix korang layan je atikel ngarot aku ni smpi tamat..harap2 jngn laa ade yg jdi biul cm aku ni pas membace...lawak je!!!!!

TIPS UNTUK HILANGKAN KEDUT:
Gunakan stereka biasa dan untuk kedut yang agak degil, renjiskan air. (Jangan lakukan pada kedut muka, kalau buat juga, PADAN MUKA!)
CopyPasteFromFamiliazamDotCom
Pen merah, pen biru, pen hitam....
Jangan marah, mata i biru, muka u hitam...
Nanti naik u punya darah tinggi, lagilah kes haru, silap-silap boleh pitam!

SAM: Apa yang tak kena tu Dol?
DOL: Termos ni haa, jurujual tu kata dia boleh simpan air sejuk dan air panas. Penipu! Milo ais dengan kopi panas aku dalam ni dah jadi apa tah!
CopyPasteFromFamiliazamDotCom
Lawa rambut kau tu macam teknik rebonding, hitam dan bersinar! Sayangnya rambut tu tumbuh kat dada, kalau tumbuh kat kepala kau yang bersinar tu bukankan bertambah hensem!

DILEMA MEMILIH MENANTU: Anda boleh pilih yang beriman,berpelajaran, berpangkat dan sebagainya. tapi masalahnya nak ke dia pilih anda sebagai mentua?

Tulislah pada pintu tandas awam. Masa itu emas, jadi jangan buang masa. Buang apa yang patut kerana orang lain sedang menunggu untuk membuang, cuma tunggu masa saja.

Aku rasa kau kena diet laa.... Masa aku jumpa kau bersantai kat pantai aku nampak bot GREENPEACE hala ke kau! Nampak macam ikan paus tersadai kat pantai kot!
CopyPasteFromFamiliazamDotCom
SAM: Kau nak buat apa dengan dawai penyangkut baju dalam kereta kau tu?
DOL: Manalah tau kot-kot aku tertinggal kunci dalam kerata, bolehlah aku gunakannya.....

SAM: Aku suruh kau tengokkan barang dalam rumah aku, kenapa orang boleh pecah rumah jugak?
DOL: Manalah aku sedar, aku sedang tengok TV kau.

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
CopyPasteFromFamiliazamDotCom
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

SAM: Hantu Bungkus!
DOL: Kat mana?
SAM: Kat kedai nasi campur, aku nak beli nasi dah habis. Makcik tu kata ada orang dah beli semua. Hantu betullah!

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejur tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
CopyPasteFromFamiliazamDotCom
SAM: Macam tak caya kau dapat 200 markah dalam ujian lisan tu....
DOL: Susah apa... aku dah ambik ujian tu 20 kali.
SAM: campurkan semua markah , dapatlah 200 markah

SAM: Tadi lampu merah, kenapa kau jalan aja?
DOL: Kat kampung aku ni, biasa jer.
SAM: Ni lampu hijau, kau berhenti pulak.
DOL: Takut terlangar orang kampung aku!

DOL: Sam, aku rasa kau kena beli TV lain lah. Dah sejam aku tercari-cari channel tak dapat.
SAM: Memang aku nak beli TV pun, yang kau adjust tu , ketuhar microwave!

SAM: Kau celup lalat dalam air sirapkau Dol?
DOL: Kita kena buat cam tu kalau tak nak keracunan!
SAM: Itu kalau lalat jatuh dalam air, bukan bawa lalat dari rumah!

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!
CopyPasteFromFamiliazamDotCom
SAM: Tadi aku jumpa doktor, kena 20 ringgit.
DOL: Biasalah tu, "consulation fees".
SAM: Tapi aku jumpa dia kat bus stop!

DOL: Bini aku kata aku tak buat apa-apa kat rumah.
SAM: Betullah tu, kau bukan nak tolong dia buat kerja. Selalunya apa kau buat kat rumah?
DOL: Buat dono jer

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

CIKGU: Francis Light ialah orang yang menemui Pulau Pinang, siapakah yang menemui Pulau Pangkor?
MURID: Francis Mild, cikgu!
CopyPasteFromFamiliazamDotCom
SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.
CopyPasteFromFamiliazamDotCom
SAM: Apahal kau bertenggek atas dahan tu siap pakai tie dengan briefcase?
DOL: Aku dah naik pangkat la, Sekarang aku jadi BRANCH MANAGER

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

Alahai jejaka, rupa paras indah belaka, mana gadis hati tak suka, senyum memikat menghiasi muka, tapi sebaliknya siapa sangka buaya tembaga lagi berpuaka.
CopyPasteFromFamiliazamDotCom
Alahai buaya, ini manusia memang bahaya, hidup penuh foya-foya, habis anak dara diperdaya, sekali pandang tampan bergaya, rupanya penipu berjaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...