Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, 19 Oktober 2009

isteri abang EIZLAN mengandung lagi..zara nak dapt adikk!!

Bertemu beliau selepas tayangan perdana dan sidang media filem 'Pisau Cukur' baru-baru ini, tercari-cari juga di mana isterinya, Vie Shanti. Maklumlah, bila menghadiri mana-mana majlis, Eizlan Yusof biasanya ditemani isteri tersayang. Menurut Eizlan, Vie tak dapat hadir kerana tidak sedap badan. Kongsinya lagi, Vie sudah empat bulan mengandung anak kedua mereka! Dari riak wajahnya, Eizlan nampaknya tak sabar menunggu kehadiran cahaya mata keduanya. Selepas ini, anak sulung mereka, Vie Zaara, 17 bulan, ada teman main baru.

Sempat berbual sekejap dengan pelakon berusia 38 tahun itu, Eizlan berkongsi perkahwinan dan kehidupan berkeluarga banyak mematangkan dirinya.

“Sebelum ini, banyak yang saya tidak tahu tentang kehidupan. Tetapi setelah berkahwin, saya mula belajar tentang kehidupan dan apa yang saya pelajari, saya cuba masukkan dalam lakonan saya. Rasanya lakonan saya hari ini lebih ada rasa dan dari segi kreativiti saya juga lebih matang.”
Bagi peminat Eizlan, selain filem ‘Pisau Cukur’ yang akan berada di pawagam pada 5 November ini, dia bakal menemui peminat melalui siri drama ‘Jangan Tegur Lagi’ dan sebuah telefilem arahan Kabir Bhatia berjudul ‘Keabadian Cinta’ di mana dia digandingkan dengan Tiz Zaqyah. Turut menjayakan telefilem yang membawa tiga kisah itu, Cheryl Samad dan Remy Ishak.lpas ni zara x le sunyi..bole main dn buli adik yea...wat abg eizlan dn kak vie...aku doakn smoga rmhtngga kalian kekal hngga ke akhir hayat....buat zara yg cute..jngn nakal2..nanti akak geget tau..hihihihix....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...