Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 20 Oktober 2009

pelakon wanita mati akibat rentung

Pelakon antara mangsa rentung nahas kereta

Baru je aku nengok new..bile g buke wibesite hiburan..kecoh ngan cter plakon rentung nhas kereta
memang sdih sngat2 apalagi kedua ibubpa...nk wat cmne..dh ajal nye tibe.kite hambe nye x berupaya menolak kehendaknyer.Aku ucapkn takziah atas permegiannye.buat kuaga ALLAHYARHAM..bnyak2 la sabar.slalu la doa agar rohnyer d tempatkn d kalangan orang2 beriman..ALFATIHAH buat Allahyarham....



WAN Nor Hayati bersama Dayang Fatiha Amanda melihat gambar Noor Diana di Pengkalan Chepa, semalam.

KOTA BHARU: Wanita yang ditemui rentung bersama dua rakannya dalam kemalangan ngeri di atas jambatan dekat Bunut Payung di sini, awal pagi kelmarin, adalah pelakon filem Black Maria.

Wan Noor Diana Mohd Kamarulzaman, 22, atau lebih dikenali sebagai Dayana Kamal, juga membintangi beberapa drama, seperti Sumayyah, Rumah Itu Dunia Aku serta Selamat Tinggal Noni.

"Apa yang lebih menyentuh hati saya, beberapa hari sebelum kejadian itu, dia memberitahu niatnya untuk mendalami al-Quran dengan mencari guru agama bagi membantu mengajarnya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pengkalan Chepa

Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 pagi kelmarin, Proton Persona yang dinaiki Wan Noor Diana dan tiga sahabatnya terbabas sebelum terbakar dan meletup.

Dua lagi yang rentung dikenali Tengku Shamsu Tuan Ibrahim, 25, dan warga Amerika Syarikat, Christopher Gonzalez, 25, manakala pemandu kenderaan itu, Tengku Ahmad Nazim Tengku Ibrahim, 30, terselamat.

Jenazah Wan Noor Diana selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Mata Pasir dekat Chempaka, kira-kira jam 11 malam kelmarin.

Wan Nor Hayati berkata, Allahyarham pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Indie, The Times, Natazar Mohamad, 33, dan dikurniakan seorang anak perempuan, Dayang Fatiha Amanda, yang kini berusia empat tahun.

Allahyarham juga pernah menyertai pertandingan akhir Pencarian Gadis Metro anjuran akhbar Harian Metro pada 2004.

Wan Nor Hayati berkata, Allahyarham � anak sulung dari empat beradik � baru-baru ini turut menyertai pertandingan Pakaian Muslimah Kelantan.

"Noor Diana sepatutnya menggayakan pakaian serba biru, tetapi pada saat akhir mengubah fikiran dan mengenakan pakaian serba putih. Saya tidak mengesyaki apa-apa yang pelik tetapi itu mungkin petanda dia akan meninggalkan kami buat selama-lamanya," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...